SEJARAH KAMI
Perjalanan kami bermula pada tahun 2013 apabila Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. ditubuhkan dan kami telah berjaya melaksanakan projek global pertama kami, “One Person One Blanket” yang ditujukan kepada masyarakat di Nilphamari, Bangladesh bersama projek lain seperti “UAqiqah” dan “Ihya Ramadhan”.
Pada 2014, Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. telah diubah kepada Ukhuwah Tijarah Enterprise dengan pelbagai projek baru berjaya dilaksanakan seperti “Demimu Yaman”, “Terbanglah Syria”, “Warm4U” dan banyak lagi. U Tijarah Sdn. Bhd. akhirnya berjaya ditubuhkan pada tarikh 21 Ogos 2020, memajukan usaha masa lalu sambil mencipta projek baru secara aktif bagi memenuhi keperluan sebahagian besar komuniti global.