U TIJARAH SDN. BHD.

U Tijarah Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai “UTSB”) adalah syarikat Malaysia yang memfokuskan pada tanggungjawab sosial korporat (CSR). Bermula Februari 2013 dan seterusnya, kami bekerja tanpa henti untuk komuniti antarabangsa yang terkesan akibat perang, krisis politik, masalah perpindahan dan kemiskinan. Misi dan projek global kami berteraskan untuk merapatkan pertolongan daripada pelanggan kepada mereka yang memerlukan, oleh itu kami dengan bangga memperkenalkan diri kami sebagai Kontraktor CSR.

VISI KAMI

Mempelopori dan mewujudkan komuniti kontraktor CSR serta menyumbangkan struktur perniagaan sebagai wakaf untuk ummah.

Misi Kami

  • Membantu mereka yang memerlukan terutama masyarakat Islam yang dilanda krisis kemanusiaan dan bencana alam.
  • Menyediakan platform untuk warganegara Malaysia membeli dengan niat untuk menolong orang lain.
  • Menubuhkan syarikat lestari yang akan memberi lebih daripada 500 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2030.

Sejarah Kami

Perjalanan kami bermula pada tahun 2013 apabila Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. ditubuhkan dan kami telah berjaya melaksanakan projek global pertama kami, “One Person One Blanket” yang ditujukan kepada masyarakat di Nilphamari, Bangladesh bersama projek lain seperti “UAqiqah” dan “Ihya Ramadhan”.

Pada 2014, Ukhuwah Tijarah Sdn. Bhd. telah diubah kepada Ukhuwah Tijarah Enterprise dengan pelbagai projek baru berjaya dilaksanakan seperti “Demimu Yaman”, “Terbanglah Syria”, “Warm4U” dan banyak lagi. U Tijarah Sdn. Bhd. akhirnya berjaya ditubuhkan pada tarikh 21 Ogos 2020, memajukan usaha masa lalu sambil mencipta projek baru secara aktif bagi memenuhi keperluan sebahagian besar komuniti global.

PENTADBIRAN ATASAN

Tuan Haji Mohd Faizal Bin Mohamad

Pengarah Urusan

Encik Ahmad Abdul Hadi Bin M.Assadiqi

Timbalan Pengarah Urusan I

Puan Nur Alia Binti M. Fathil

Timbalan Pengarah Urusan II

SHARIAH COMMITTEES

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah

Dr. Nashwan Abdo Khaled

Ust. Nik Mansor bin Nik Mahmud

PENASIHAT

En. Ikhwan bin Alias

Penasihat Undang-undang

En. Nor Amri bin Arifin

Penasihat kewangan